Isnin, 13 April 2009

Lagu Sekolah

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
Sekolah kami yang tercinta
Kita belajar dan berusaha
Pelajaran panduan kita bersama

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
Sekolah kami yang perkasa
Berbudi dan berjasa
Bersama mengejar cita-cita

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
Sekolah kami yang ternama
Berakhlak mulia, amalan bersama
Bersusaha membina nusa dan bangsa

Piagam Pelanggan

Mendidik dan membimbing setiap murid ke arah kecmerlangan akademik.
Membimbing dan membentuk sahsiah pelajar supaya berakhlak mulia.
Mempertingkatkan potensi pelajar dalam bidang ko-Kurikulum supaya sentiasa cergas dan aktif.

Mewujudkan suasana sekolah yang harmoni, penyayang, bersih, ceria dan selamat.
Mewujudkan permuafakat dengan ibubapa dan masyarakat setempat.
Memberikan perkhidmatan yang cekap dan bermutu kepada semua pihak.

Sejarah SKDT

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua telah didirikan oleh Kerajaan Inggeris pada tahun 1906 yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Dusun Tua. Memandangkan pertumbuhan murid yang pesat pada tahun 1939,sebuah sekolah baru dibina. Ia terdiri daripada sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah.
Ketika pemerintahan Jepun, pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh pegawai-pegawai Jepun, tetapi guru-guru masih lagi terdiri dari anak tempatan. Pada tahun 1952, sekolah ini telah dijadikan Sekolah Pusat Pendidikan Urusan Rumahtangga dan pertukangan tangan bagi kawasan Hulu Langat.
Pada tahun 1982, sebuah bangunan baru 3 tingkat dibina yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan setor.
Pada tahun 1986, satu Projek Kilat membina sebuah bangunan yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina. Pada tahun itu juga, sebuah rumah Guru Besar telah dibina.
Pada tahun 1989, sebuah gelanggang badminton dan sebuah bangunan Pusat Sumber Sekolah telah dibina. Kini jumlah murid telah menjangkau 500 orang dan usaha-usaha memaju serta membangunkan sekolah ini terus dijanlan

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO