Isnin, 13 April 2009

Sejarah SKDT

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua telah didirikan oleh Kerajaan Inggeris pada tahun 1906 yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Dusun Tua. Memandangkan pertumbuhan murid yang pesat pada tahun 1939,sebuah sekolah baru dibina. Ia terdiri daripada sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah.
Ketika pemerintahan Jepun, pentadbiran sekolah ini telah diambil alih oleh pegawai-pegawai Jepun, tetapi guru-guru masih lagi terdiri dari anak tempatan. Pada tahun 1952, sekolah ini telah dijadikan Sekolah Pusat Pendidikan Urusan Rumahtangga dan pertukangan tangan bagi kawasan Hulu Langat.
Pada tahun 1982, sebuah bangunan baru 3 tingkat dibina yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan setor.
Pada tahun 1986, satu Projek Kilat membina sebuah bangunan yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina. Pada tahun itu juga, sebuah rumah Guru Besar telah dibina.
Pada tahun 1989, sebuah gelanggang badminton dan sebuah bangunan Pusat Sumber Sekolah telah dibina. Kini jumlah murid telah menjangkau 500 orang dan usaha-usaha memaju serta membangunkan sekolah ini terus dijanlan

Seja o primeiro a comentar

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO